Ahad, 12 Mei 2013

SENARIO POLITIK MALAYSIA .

Melihat senario politik Malaysia hari ini bukanlah satu perkara yang sihat apabila isu-isu yang dimainkan oleh parti-parti politik lebih bersifat rasis dan kuasa . Keadaan ini sebenarnya menggambarkan ketidakmatangan kita dalam bidang politik. Rakyat kian terperangkap dan keliru dan lebih parah sebahagiannya menerima apa sahaja maklumat yang salah tanpa ada keinginan untuk membuat sedikit kajian tentang kesahihan sesuatu berita . Ahli politik bercakaran dengan menjadikan rakyat tentera mereka dan amalan "real politik" semakin jelas dan ketara meninggalkan aspek nilai dan agama.

Rakyat di api-apikan untuk menuntut itu dan ini tanpa dididik dengan ilmu dan terus disirami dengan api kemarahan oleh ahli politik yang dilihat semakin hilang kewarasan demi apa yang mereka inginkan iaitu kuasa. Lebih malang nilai dan jatidiri bangsa dipinggirkan diganti dengan apa mereka katakan sebagai hak rakyat dan kebebasan tanpa batas . Rakyat yang naif bercakaran sesama sendiri akibat amarah yang ditanamkan oleh segelintir pemimpin politik dan meranapkan kemesraan dan keharmonian hubungan rakyat kerana apa yang lebih penting kuasa . Alangkah malangnya negaraku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan