Jumaat, 19 Julai 2013

Apa lagi selepas pilihanraya ?

Setelah selesai PRU baru-baru ini, kita terbelenggu dengan isu rasis yang menjadi  modal politik kepada parti-parti yang bertanding . Sejauhmanakah isu ini boleh memberi kesan kepada landskap politik Malaysia ?  Dalam usaha meraih sokongan pemimpin-pemimpin politik diserang sindrom bisu bila menyentuh tentang rasis dan sering kelihatan lambat dalam membuat keputusan . Dilihat juga mereka ingin melihat terlebih dahulu reaksi masyrakat khususnya NGO , barulah mereka mula memberi reaksi dan beraksi seolah-olah sang juara yang baru menang sabung.

Apa sahaja luahan rasa, tindakan walaupun dari segi moral dan sejarahnya betul di anggap rasis. Masyarakat Malaysia kini terjebak dalam sangkar rasis yang dicipta oleh segelintir badut-badut politik yang sangat kejam dan zalim yang menghapuskan sendi-sendi perpaduan Negara yang telah didirikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Sejarah dan kebenaran tidak lagi diendahkan melainkan menjadi bahan artifak dan manuskrip yang tidak membawa erti di lontar jauh dari pandangan anak muda. Sebaliknya kehidupan yang berpaksikan kebebasan mutlak dan persamaan dijadikan modal paling berharga bagi penganut-penganut politik yang dangkal dalam melihat kebenaran melainkan didorong ketamakan kuasa dan haloba . Pemain-pemain politik tidak lagi mematuhi peraturan dan semangat kebenaran dan kebatilan mengambil alih teraju dalam tindakan maka binasalah masyrakat dan Negara.

Apa jadi agaknya Malaysia satu hari nanti ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan