Khamis, 25 Julai 2013

Bila bola di kaki



Bolasepak merupakan satu permainan yang paling popular di dunia termasuklah di Malaysia. Sejak sekian lama bolasepak sentiasa diminati oleh para kaki bola kita. Dari kedai usang di kampong sehinggalah kedai mamak dan bistro mempunyai skrin besar bagi tayangan perlawanan bola khususnya liga luar negara. Warga kita melepak dan kadangkala sehingga ke subuh kerana fenomena dari bolasepak. Ramai dapat mengenali bintang-bintang bolasepak dan tidak ketinggalan tumbuh kelab penyokong kelab-kelab ternama di seluruh dunia. Barangan cenderamata dari topi, mafla, jersi dan sebagainya menjadi ikon dalam memperagakan imej kelab yang mereka minati dan banyak juga wang yang melayang angkara minat ini. Tidak kurang penyokong wanita yang kadangkala terlebih ghairah dalam memberikan sokongan samada mereka faham tentang makna sebuah permainan bola itu atau tidak tidaklah dapat dipastikan. Sebenarnya dunia hari ini adalah satu perbandingan seperti permainan bolasepak. Pemain adalah watak-watak yang membina fenomena hasil kehebatan pengurus kelab yang bertanggunjawab kepada pemilik kelab sementara penyokong adalah sumber kepada kelab ia menjadi satu perniagaan yang dimiliki oleh individu. Samalah dalah bidang politik pelakon-pelakon akan melakonkan peranan masing-masing atas kehendak pengarah namun pengarah bertanggunjawab kepada pemilik produksi . Dalam hal ini, apa yang jelas rakyat mengambil bahagian dalam aspek yang paling penting iaitu sokongan kerana tanpa sokongan tiada makna bagi sebuah kehebatan.....apa yang nyata bola akan tetap disepak diikuti oleh kaki sorak yang hilang suara, masa, usia dan wang semata-mata untuk dilihat sebagai peminat bola.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan