Jumaat, 19 Julai 2013

Soalan Percubaan SMKSJ 2


SULIT

21/1

Sejarah

1 ¼ jam

 

 

 

 

 

 

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

 

 

________________________________________________________________

 

 

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

 

2013

 

 

Satu jam lima belas minit

 

 

________________________________________________________________

 

 

 

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

 

1.         Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif.

2.         Jawab semua soalan.

3.         Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C

dan D.Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda padakertas objektif yang disediakan.

4 .        Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu

jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

 

 

 

 

 

1          Dialog berikut menunjukkan perbezaan pendapat antara seorang pengkaji tempatan dengan seorang pengkaji Barat.

.           Mengapakah perbezaan pendapat seperti ini berlaku dalam fakta sejarah?

 

A.        Kajian sejarah yang berbeza

B         Tafsiran sejarah yang berbeza

C         Maklumat sejarah yang berbeza

D         Metodologi sejarah yang berbeza

2          Sumber berikut merujuk kepada sumber pertama.

 

·         Fosil
·         Artifak
·         Manuskrip

 

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenainya ?

 

I           Sumber belum ditafsir

II         Sumber yang bersifat asli

III        Sumber yang telah diolah

IV        Sumber yang diterbitkan

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

 

 

 

 

3.         Jadual berikut menunjukkan lokasi penempatan masyarakat pada zaman Y.

 

Zaman Y
·         Sungai Tembeling
·         Changkat Menteri
·         Gua Harimau

 

Antara berikut yang manakah benar pada zaman Y?

 

A         Hidup secara berpindah-randah

B         Bermula kira-kira 7000 tahun dahulu

C         Menghasilkan barang perhiasan diri

D         Menggunakan peralatan logam seperti gangsa dan besi

 

4.         Tonle Sap ialah tasik yang dibina pada abad kesepuluh masihi.

Apakah kesan tasik ini kepada kawasan persekitaran ?

 

A         Persekitaran subur

B         Pelabuhan entrepot

C         Pusat membuat kapal

D         Pusat pengumpulan barang

 

5.         Parameswara memilih Orang Laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka

kerana mereka

 

A         Mengaku taat setia

B         Mahir membuat kapal

C         Mempunyai peralatan senjata moden

D         Merupakan penduduk Melaka yang paling ramai

 

 

 

6.         Gambar berikut menunjukkan pokok bakau yang banyak terdapat di pinggir pantai Melaka.

           


 

Apakah kepentingannya kepada kerajaan Melaka ?

 

            A         Memperkukuhkan benteng pertahanan .

            B         Menjadi panduan pedagang

            C         Menghalang angin monsoon

            D         Menjadi bahan eksport

 

7.         Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan, sultan mengetuai teraju pemerintahan.

Apakah peranan bagi seseorang sultan dalam sistem pentadbiran tersebut?

 

I           Memungut hasil atau ufti

II         Menjadi lambang perpaduan rakyat

III        Menyelaras semua kegiatan ekonomi

IV        Mengetuai hal-ehwal urus setia istana

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

 

 

 

8.         Pernyataan di bawah merupakan kata-kata Bendahara Tun Perak kepada pengikutnya.

 

“ Pantang anak Melayu menderhaka tapi beraja
raja yang seorang ini janganlah..

 

Pada pendapat anda,apakah yang difikirkan oleh Bendahara Tun Perak pada ketika itu?

 

A.        Bimbang rakyat akan terkena tulah sultan

B.        Merasakan keamanan negara adalah lebih utama

C.        Bimbang jawatannya akan dilucutkan oleh sultan

D.        Memberi peluang kepadanya untuk merampas kuasa

 

9.         Mengapakah Melaka dengan mudah dapat ditawan oleh Portugis?

 

I           Askar Melaka berpaling tadah

II         Askar Melaka menggunakan senjata tradisional

III        Askar Melaka yang diupah dari Jawa melarikan diri

IV        Askar Portugis mendapat bantuan daripada Belanda

 

C.        I dan II           C.        II dan III

D.        I,dan IV         D.        III dan IV

 

10.       Para pedagang telah memilih pelabuhan berikut menggantikan Melaka pada abad ke-16.

 

·         Acheh
·         Bantam
·         Patani
·         Brunei

 

Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

 

A.        Perang saudara

B.        Cukai yang tinggi

C.        Mendapat galakan

D.        Mencari keuntungan lebih

 

11.       Kuasa Barat seperti Belanda berminat menguasai negeri Selangor kerana ?

 

A.        Kelemahan sistem pentadbiran

B.        Kekayaan hasil galian bijih timah

C.        Kedudukan Selangor yang strategik

D.        Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

 

12.       Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Negeri Sembilan?

 

I           Terdiri daripada sembilan luak

II         Mengeluarkan bijih besi dan emas

III        Deang Menambon dilantik menjadi Yamtuan Negeri Sembilan

IV        Raja pertama Negeri Sembilan adalah anak raja dari Pagar Ruyong

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

13        Bagaimanakah Belanda berjaya menguasai perdagangan bijih timah Perak pada

pertengahan kurun ke-17 dan kurun ke-18?

 

I           Menyekat laluan kapal

II         Menyerang angkatan laut

III        Membuat kepungan

IV        Memeterai perjanjian

 

 

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

14        Antara berikut, yang manakah merupakah ciri-ciri Adat Temenggung?

 

I           Mengutamakan kaum lelaki

II         Menekankan unsur-unsur demokrasi

III        Mengutamakan keturunan sebelah ibu

IV        Melaksanakan hukuman sebagai pengajaran

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

15.       Bagaimanakah Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak ?

 

A         Melantik pegawai British

B         Memberi kuasa autonomi kepada pembesar

C         Mengamalkan pemerintahan secara langsung

D         Menyerahkan pemerintahan kepada kerabat diraja

 

16.       Senarai berikut merupakan unsur kepercayaan yang dimiliki oleh masyarakat

Kadazandusun dan Murut di Sabah.

 

·         Babalian
·         Bobohizan

 

Apakah persamaan tugas mereka?

 

 

A.        Menjadi bomoh

B.        Menjadi ketua adat

C.        Menjadi ketua polis

D.        Menjadi ketua kampong

 

17.       Perkara berikut telah berlaku di Kedah pada tahun 1971.

Mengapakah ianya berlaku?

 

A.        Inggeris cuba menduduki Seberang Perai

B.        Inggeris mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak Siam

C.        Inggeris tidak memberi bantuan apabila Kedah diancam oleh Siam

D.        Inggeris tidak membayar pampasan kepada Kedah seperti yang dijanjikan

 

18.       Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapat bantuan Firma Jourdain Sullivan dan de Souza?

 

A         Menarik pelabur asing

B         Menghapus ancaman lanun

C         Menjalin hubungan dagangan

D         Mengekalkan kedaulatan negeri

 

19.       Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura pada tahun 1819 adalah kerana

 

A         British dijemput oleh Sultan Hussein

B         British ingin menyaingi kuasa China

C         British menyelamatkan Singapura daripada ancaman lanun

D         British dapat menyekat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu

 

 

 

 

 

 

20.       Maklumat berikut menunjukkan dasar British di Tanah Melayu.

 

Dasar British di Tanah Melayu
Sebelum 1874
Mengamalkan dasar tidak campur tangan
Selepas 1874
Mengamalkan dasar campur tangan

 

Apakah yang anda faham dengan dasar campur tangan British tersebut?

 

A.        Menguasai kegiatan ekonomi di Tanah Melayu

B.        Menentukan hubungan antara bangsa Tanah Melayu

C.        Menentukan pelantikan pemerintahan di negeri-negeri Melayu

D.        Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu

 

21.       Rajah berikut merujuk kepada Sistem Pentadbiran di Tanah Melayu.

 

X
·         Residen Jeneral berkuasa dalam hal kewangan
·         Residen Jeneral mengambilalih kuasa Sultan

 

            X merujuk kepada

 

A         Durbar

B         Sistem Residen

C         Pentadbiran Persekutuan

D         Majlis Mesyuarat Persekutuan

 

22.       Apakah kesan langsung daripada pembunuhan seorang Cina warganegara British di Pekan, Pahang pada 1881?

 

A         Pengaruh British meluas

B         Pesalah dihukum bunuh

C         Perdagangan British terancam

D         Peperangan British Pahang tercetus

23.       Dialog berikut mungkin diucapkan antara George Maxwell dengan Tengku Mahmud di Kedah pada tahun 1910.

 

·           Pegawai British : Penasihat British berhak menapis surat rasmi
·           Pembesar Kedah : Tidak ! surat rasmi tidak perlu ditapis

 

Apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada tindakan tersebut?

 

A         Kepentingan identiti negeri dikekalkan

B         Keutamaan melantik pegawai yang dikenali

C         Keutuhan rakyat menjamin keamanan negara

D         Kesediaan bertoleransi dalam kehidupan bagi menjamin kesejahteraan.

 

24.       Apakah faedah daripada perjanjian berikut kepada Maharaja Abu Bakar?

 

Pada tahun 1885, satu perjanjian antara Maharaja
Abu Bakar dengan British telah ditandatangani.

 

I           Diiktiraf sebagai pemerintah Johor

II         Dapat berhubung terus dengan kerajaan British

III        Menerima penasihat British untuk memodenkan Johor

IV        Kedudukannya lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi British di London

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

 

 

 

 

 

25.       Berdasarkan pernyataan berikut,apakah keistimewaan yang diberikan kepada

Majlis Negeri?

 

Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Perlembagaan Sarawak sempena 100 tahun Sarawak berada di bawah pemerintahan Brooke.

 

A         Mengadakan pilihan raya

B         Meluluskan undang-undang

C         Menubuhkan Jemaah Menteri

D         Mengambil bahagian dalam pentadbiran

 

26.       Antara berikut, jawatan yang manakah disandang oleh penduduk tempatan di Sabah?

 

I           Ketua Anak Negeri

II         Pegawai Daerah

III        Penolong Pegawai Daerah

IV        Timbalan Penolong Pegawai Daerah

 

A.        I dan II                       C.        II dan III

B.        I dan IV          D.        III dan IV

 

27        Senarai di bawah merupakan langkah SBUB menggalakkan penanaman getah di

Sabah.

 

  Dividen 4 %
  Pengecualian eksport 50 tahun
  Kemasukan buruh X

 

Buruh X ialah dari

 

I           Jawa

II         China

III        India

IV        Filipina

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

28        Senarai berikut menerangkan sebuah pasukan yang ditubuhkan oleh SBUB di Sabah.

 

  Ditubuhkan pada tahun 1900
  Bertujuan untuk menjamin keamanan
  Anggota terdiri dari pegawai polis tempatan

 

Apakah nama pasukan tersebut ?

 

A         Skuad Khas

B         Skuad pribumi

C         Skuad Terbang

D         Skuad Ketua Anak Negeri

 

29.       Kata-kata di bawah diucapkan apabila Tun Abdul Razak memperkatakan sejarah

persekolahan rendah beliau.

 

” Kalau saya berhak menjadi ternama, hak itu terletak semata-mata pada kesederhanaan.Saya mulakan pelajaran di sebuah sekolah yang berbumbung atap dan berlantai tanah ”.
Tun Abdul Razak

 

Sekolah yang dimaksudkan ialah

 

A         Sekolah Arab

B         Sekolah Melayu

C         Sekolah Inggeris

D         Sekolah Mubaligh

30.       Berdasarkan kata-kata berikut, apakah iktibar daripada dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh British?

 

‘Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua mereka menjadi kerani.’
Arthur Kenion, 1915

 

A         Berfikiran strategik

B         Berani mempertahankan maruah

C         Berhati-hati dengan kuasa asing

D         Bersyukur dengan kemakmuran Negara

 

31.       Andaikata anda menuntut di sekolah menengah Melayu pada zaman pentadbiran British, apakah opsyen yang terbuka kepada anda setelah anda tamat pengajian?

 

A         Menjawat jawatan majistret

B         Menjadi guru sekolah Melayu

C         Menjadi pegawai kanan kerajaan

D         Melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan

 

32.       Petikan berikut adalah sebahagian dari puisi ’Pahlawan Kemerdekaan ’ karya

Usman Awang.

 

Inggeris datang meredah Pahang
Bersama peluru bersama senapang
Membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semantan berubah darah

 

Di manakah lokasi pertempuran tersebut ?

 

I           Jerantut

II         Kuala Lipis

III        Lubuk Terua

IV        Jeram Ampai

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

33.       Pihak SBUB menceroboh kawasan hutan bagi tujuan pembinaan jalan.

Mengapakah tindakan tersebut dibantah oleh orang Murut?

 

A         Menjadi buruh paksa

B         Memusnahkan tempat tinggal mereka

C         Menganggu roh nenek moyang mereka

D         Menjejaskan sumber makanan mereka

 

34.       Apakah kepentingan perkembangan-perkembangan berikut kepada penduduk di Tanah Melayu?

 

·         Gerakan Pemulihan Islam,Mesir
·         Kemenangan Jepun memerangi Rusia
·         Kejayaan Sun Yat Sen menumbangkan kerajaan Manchu di China

 

A.        Mencontohi perjuangan

B.        Mendirikan cawangan perjuangan

C.        Membangkitkan semangat nasionalisme

D.        Mendapat bantuan untuk menentang British

 

35.       Hasil karya novel yang ditulis oleh Syed Syeikh al-Hadi ialah ?

 

A         Anak Mat Lela Gila

B         Putera Gunung Tahan

C         Hikayat Faridah Hanum

D         Rumah Besar Tiang Sebatang

 

 

36.       Antara akhbar berikut yang manakah diterbitkan oleh golongan Jawi Peranakan ?

 

I           Bintang Timor

II         Sekolah Melayu

III        Tanjung Penagri

IV        Bintang Pranakan

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

37..      Maklumat berikut merupakan antara faktor kejayaan Jepun di Tanah Melayu.

 

·         Pakatan Jepun – Thailand
·         Taktik serangan Jepun
·         Kelemahan pertahanan British

 

            Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada maklumat tersebut ?

           

A         Bersatu memartabatkan maruah bangsa.

B         Berani menentang musuh Negara.

C         Bijak menyusun strategi

 

38.       Pemerintahan Jepun telah melaksanakan dasar yang berbeza mengikut kaum di negara kita. Mengapakah pemerintah Jepun berbuat demikian?

 

A         Jepun menggalakkan penduduk bersatu

B         Jepun ingin mengurangkan kos pentadbiran

C         Jepun berminat dengan penduduk tempatan

D         Jepun mempunyai kepentingan berbeza antara kaum

 

D         Berhati-hati terhadap propaganda

 

39.       Senarai berikut merupakan tokoh-tokoh kaum ibu dalam perkembangan politik di Tanah Melayu.

 

o      Zahara binti Abdullah
o      Halimahton binti Abdul Majid
o      Datin Puteh Mariah

 

Apakah peranan ketiga-tiga tokoh tersebut?

 

A         Membantu penubuhan UMNO

B         Memperjuangkan kebajikan wanita

C         Menentang Gagasan Malayan Union

D         Membantu pengasasan Persekutuan Tanah Melayu

 

40        Mengapakan pertubuhan berikut menyokong gagasan Malayan Union ?

 

  Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
  Angkatan Pemuda Insaf (API)
   Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

 

I           Kerakyatan terbuka

II         Penyatuan pentadbiran agama Islam

III        Kuasa Sultan di perkukuh

IV        Status quo orang Melayu terjamin

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

 

 

 

41        Petikan berikut merupakan sebahagian daripada isi surat Sultan Johor kepada

Setiausaha Tanah Jajahan untuk membantah Malayan Union.

 

….Selepas pertimbangan yang amat teliti,saya tidak boleh mengekalkan keputusan awal saya yang tidak sah itu kepada cadangan Malayan Union.Saya menarik balik sokongan ini…

 

Mengapakah Sultan Johor menarik balik sokongan tersebut?

 

A         Mengelakkan perebutan kuasa

B         Melindungi kepentingan orang Melayu

C         Mengawal kemasukan pendatang Barat

D         Menjamin kedudukan sebagai sultan Johor

 

42.       Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa berikut?

 

Jawatankuasa Eksekutif
(25 Julai 1946)
• Wakil Raja-Raja Melayu
• Wakil UMNO
• Pegawai kanan British

 

A         Menentukan status kaum imigran

B         Merangka memorandum untuk British

C         Merangka perlembagaan kemerdekaan Tanah Melayu

D         Membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

 

43.       Mengapakah orang Melayu menerima bentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?

 

A         Syarat dekolonisasi dipenuhi

B         Syarat kerakyatan diperketatkan

C         Tarikh pilihan raya umum Persekutuan ditetapkan

D         Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan

 

 

44.       Antara berikut, yang manakah merupakan Laporan Razak 1956?

 

I           Sistem nazir yang berbeza

II         Sukatan pelajaran yang sama

III        Pendidikan rendah adalah wajib

IV        Sistem peperiksaan yang berlainan

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

45        Apakah fahaman komunis yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu?

 

A         Mengongkong pengikutnya

B         Menafikan kewujudan tuhan

C         Mengamalkan gaya hidup bebas

D         Mengelakkan penggunaan kekerasan

 

46        Rancangan Briggs dikatakan berjaya mengawal pergerakan komunis.

Manakah antara berikut langkah yang membawa kejayaan paling berkesan?

 

A         Penubuhan parti politik

B         Pindaan syarat kerakyatan

C         Penawaran hadiah lumayan

D         Penggunaan kad Pengenalan

 

 

 

 

 

 

 

47        Gambar di bawah menunjukkkan kempen “Bulan Penduduk Tanah MelayuMenentang Komunis”.             


 

 

 

 

 

 

 

Apakah nilai yang dapat diambil dalam usaha tersebut?

 

A         Disiplin

B         Berdikari

C         Toleransi

D         Kerjasama

 

48        Apakan perkara utama yang dibincangkan dalam persidangan berikut?

 

Tahun
Peristiwa
Februari 1954
Konferensi Nasional

 

A         Pembentukan sistem ahli

B         Kepentingan pilihan raya

C         Pindaan syarat kerakyatan

D         Penggubalan perlembagaan

 

49        Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Jawatankuasa Hubungan Antara

Kaum?

 

A         Diwakili oleh ahli UMNO dan MCA

B         Dipengerusi oleh Tunku Abdul Rahman

C         Bertujuan mewujudkan perpaduan kaum

D         Bertujuan perketatkan keselamatan Tanah Melayu

50.       Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan merdeka?

 

A         Ketua adat

B         Ketua negara

C         Ketua menteri

D         Ketua kewangan

 

51        Tunku Abdul Rahman dengan penuh semangat mengisytiharkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957

Andaikan anda berada dalam majlis tersebut, apakah perasaan anda?

 

I           Hormat pada lambang negara

II         Hormat kepada negara penjajah

III        Bersyukur sebagai warganegara

IV        Bangga dengan perjuangan pemimpin negara

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

52        Senarai berikut merujuk kepada

 

  Menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu
  Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu
  Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri

 

A         Suruhanjaya Reid

B         Perjanjian London

C         Suruhanjaya Cobbold

D         Perlembagaan Merdeka

 

 

53.       Mengapakah satu perjanjian pertahanan dengan British perlu ditandatangani mengikut persetujuan dalam Perjanjian London?

 

I           Menjaga keselamatan penduduk

II         Menjamin kestabilan politik serantau

III        Menjamin pentadbiran yang berkesan

IV        Menjaga kepentingan ekonomi British

 

A.        I dan II                        C.       II dan III

B.        I dan IV           D.       III dan IV

 

54.       Notis Surat Pekeliling No. 9 telah dikeluarkan oleh pihak British dalam menangani masalah di Sarawak. Apakah kandungan dokumen tersebut?

 

A         Amaran kepada penduduk yang menentang British

B         Amaran kepada pemimpin yang menentang British

C         Amaran kepada kakitangan kerajaan yang menentang British

D         Amaran kepada kaum Cina dan India yang menentang British

 

55        Apakah persamaan tentang tokoh berikut?

 

• Gerard T. Mac Bryan
• Harold Mc Michael

 

A         Menyandang jawatan residen

B         Memperkenalkan sistem beraja

C         Menggunakan cara tipu muslihat

D         Menyokong perjuangan penduduk tempatan

 

 

 

 

 

 

56.       Apakah peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ?

 

A         Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak

B         Memberi penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak

C         Mengadakan rundingan dengan pemimpin Sabah dan Sarawak

D         Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas

permintaan Indonesia dan Filipina

 

57.       Parti PAS menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia.Apakah cadangan lain parti tersebut?

 

A         Menyekat kemasukan imigran

B         Mewujudkan sebuah kerajaan Islam

C         Memperketatkan syarat pemberian kerakyatan

D         Membentuk Melayu Raya yang merangkumi Indonesia

 

58        Berikut berkaitan dengan faktor pemisahan Singapura dari Malaysia.

 

Konsep Malaysian Malaysia

 

Apakah yang dituntut oleh Singapura dalam konsep Malaysian Malaysia?

 

A          Keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat

B         MCA mesti menjaga kepentingan kaum Cina

C         Semua rakyat diberi hak sama rata tanpa mengira kaum

D         Status Singapura sebagai pusat perindustrian, perdagangan bebas

 

59        Mengapakah Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M.Azahari menentang penubuhan

Malaysia?

 

A         Brunei akan kehilangan sumber ekonomi

B         Kegiatan Parti Rakyat Brunei akan terancam

C         Brunei akan menjadi jajahan Persekutuan Malaysia

D         Kesultanan Brunei akan kehilangan kuasa pemerintahan

60        Apakah nilai yang dapat dikaitkan dari pernyataan di bawah ?

 

“...sungguhpun kita merasa dan dukacita kerana satu negeri telah terpaksa keluar, tetapi kita gembira kerana kita telah dapat menyingkirkan duri dari dalam daging kita”
Tun Abdul Razak

 

A         Muhibah

B         Kerjasama

C         Keharmonian

D         Bersatu padu

 

 

 

1 ulasan:

  1. Mohon share soalan Cikgu Jamri...kekwajingga@gmail.com
    Terima kasih

    BalasPadam