Isnin, 12 Ogos 2013

Kongsi rumah ibadat ?

Dunia hari ini telah melangkaui batas sempadan dalam semua bidang samada dalam bidang politik, ekonomi mahupun budaya dan yang terbaru kita dikejutkan dengan insiden surau dijadikan lokasi bagi upacara agama lain. Apakah ini satu tindakan tanpa ilmu atau satu lagi siri serangan terhadap umat Islam Melayu. Persoalannya ialah apakah ini satu insiden atau perilaku yang mempunyai agenda tersirat. Pengusaha pusat peranginan dikatakan berbangsa Melayu yang dilihat kurang Melayu dan mungkin sedikit Islamnya. Wajar umat Melayu Islam memelayukan dan mengislamkan semula Melayu ini kalau benar ia berketurunan Melayu dan itupun kalau dia Islam.Melayu itu Islam dan Melayu itu bukan Melayu kalau ia bukan Islam. Masuk Melayu itu dari segi falsafahnya masuk Islam dan kita Melayu mesti Islam kerana akar budi Melayu bersendikan akar budi Islam itu yang kita warisi dari leluhur wali2 Allah yang memperkenalkan Islam kepada Melayu. Jangan malu mengaku Melayu kerana Melayu itu telah dipilih oleh rub sebagai Islam

Khamis, 8 Ogos 2013

Apabila Orang Bukan Islam Beri Tazkirah.

Baru - baru ini heboh dengan isu seorang ahli politik bukan Islam mempersoalkan tentang mengapa orang bukan Islam tidak boleh terima zakat atas alasan orang bukan Islam juga membayar cukai dan orang Islam juga menerima manfaatnya. Di sini jelas bahawa isu rasis sudah melangkaui garisan agama dan masyarakat Melayu Islam sedang diuji dalam pelbagai sudut.Dikatakan isu ini dibangkitkan oleh seorang politikus yang dikaitkan dengan pembangkang.Apa yang jelas isu ini bukanlah kerana kejahilan mereka tentang Islam tetapi lebih kepada sekadar ingin menguji sejauh mana umat Islam di Malaysia mampu mendepani dalam konteks kesatuan ummah. Rasanya ini adalah peringkat permulaan kepada agenda yang mungkin lebih besar.