Isnin, 11 November 2013
Dilema Melayu Pasca PRU.
Selepas PRU orang Melayu tetap hebat kerana terus aktif berpolitik dan mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai bidang. Jumlah kemalangan , jenayah, korupsi, mat rempit, bilangan salah laku remaja, pembuangan bayi, ajaran sesat, bilangan penyanyi, pelakun Melayu, murtad terus meningkat. Banyak konsert, ceramah politik, seminar, mesyurat terus rancak dan hasilnya capaian ekonomi masih rendah, tahap kejayaan anak-anak masih perlahan . Mana silapnya..
Selasa, 5 November 2013
kertas 3
Cadangan
Soalan dan Jawapan untuk Kertas 3 SPM Sejarah 2013
SEJARAH
KERTAS 3 ( Pengenalan )
SOALAN:
1
TEMA
UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan
bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Soalan:
Jelaskan latar belakang penglibatan Malaysia dalam
pertubuhan serantau.
Jawapan:
Pertubuhan serantau merupakan
satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang
berjiran antara satu sama lain.
Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan
serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara
Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961.
Pertubuhan seterusnya ialah
Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963.
Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun
1967.Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau
sosial.
Soalan: ( Pengenalan )
Setiap pemimpin Malaysia mempunyai dasar luar negara yang
berbeza kerana mengikut perkembangan semasa. Jelaskan peranan pemimpin negara
kita dalam menentukan halatuju hubungan serantau yang diwujudkan.
Jawapan:
Dasar luar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahap pertama adalah
berbaik-baik dengan negara jiran. Ini disebabkan oleh timbulnya krisis dengan
negara jiran seperti Konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan
Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia. Untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada 1961 bersama-sama Thailand
dan Filipina. MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan
Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina
dan Singapura.
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Untuk mencapai matlamat
tersebut, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon
Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPFAN bersama-sama dengan anggota negara
ASEAN.
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976. Masalah
pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara
jiran.
Dasar luar Malaysia pada tahap ketiga telah mengekalkan dasar tahap kedua
tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dalam usaha
mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih
erat dengan negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis-krisis Vietnam dan
Kampuchea.
Soalan: ( Pengenalan )
Malaysia menjalankan dasar berbaik-baik dengan semua
negara termasuk dengan negara serantau. Nyatakan matlamat dasar luar yang
ingin dicapai oleh Malaysia.
Jawapan:
Antara matlamat dasar luar yang
ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya ilah bagi menjamin
keselamatan rakyat dan negara. Disamping itu ia juga bertujuan untuk
memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Ia
juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta
mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu,
matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Penting; Pilih mana-mana yang sesuai dengan kehendak
soalan no 1 iaitu Pengenalan. Jangan abil semua pilih satu sahaja
Soalan
2 : Jelaskan mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan-pertubuhan berikut :
(
ITEM MEMAHAMI )
i. Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara
Jawapan
:
i. ASA
Malaysia telah menyertai pertubuhan Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara ( ASA ) setelah mencapai kemerdekaan kerana
diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia pergerakan PKM telah memainkan
peranan penting dalam menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.
PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan
ahli-ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Di negara-negara Jiran, ancaman komunis juga hebat
terutamanya di Thaliland yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah
menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka
dan ini menyukarkan usaha kedua-dua buah negara untuk melemahkan dan seterusnya
menghapuskan gerakan komunis, begitu juga dengan negara Filipina yang turut
diancam oleh pengaruh Komunis.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara
jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu Tunku Abdul
Rahan telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat
melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok
antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan.
Antara matlamat ASA ialah menjalinkan kerjasama di
kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Matlamat ASA
yang kedua adalah untuk memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota.
Matlamat ASA yang terakhir ialah mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan
politik negara-negara anggota.
Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai
kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai sebuah
antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana
Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan
Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat.
Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan
Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
ii. MAPHILINDO
MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu
Malaysia, Filipna dan Indonesia. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk
meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina
dan Malaysia-Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan
kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malayisa.
Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana presiden Soekarno
menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan
bentuk baru. Tentagan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut
Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah
mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan
ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHLINDO. Ketiga-tiga negara ini telah
mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. PBB telah
menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael
More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Hasilnya, Majoriti
rakyat dikedua-dua negara negeri berkenaan bersetuju dan menyokong Pembentukan
Malaysia
Sungguhpun begitu Indonesia dan Filipina terus menentang
pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO
telah tidak berperanan lagi.
iii. ASEAN
Hasrat
Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran
tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini iaitu
ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama.
Usaha ini
akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967 yang
membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih
dikenali sebagai ASEAN.
Antara
matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi,
sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama
dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan
membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang
erat dengan persatuan dan pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Keanggotaan
ASEAN pada ketika terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia,
Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh
apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan
ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea
telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan
Indonesia tetapi bukan di dalam Asia Tenggara.
Soalan Tiga : Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia
dalam ASEAN
Malaysia telah memainkan peranan yang penting di dalam pertubuhan ASEAN sesuai
dengan matlamat penubuhannya sebagai satu asas yang kuat dalam menjalinkan
kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak
rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam
mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971,
satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang
dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan
negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkcuali atau dikenali sebagai
Zone of Peace Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara, tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Timur bagi mengelakkan
campurtangan kuasa-kuasa besar.
Walaubagaimanapun
konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978
dan menjatuhkan kerajaan Khemer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi
masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demoktarik
Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Noradom Sihanouk. Vietnam telah
bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1982.
Dalam
mesyuarat pada tahun 1948, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa
ASEAN ialah Zon bebas senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya
untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan
kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Walaupun
agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke
arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara-negara ASEAN telah membentuk
kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di
Bintulu, ( Sarawak ) serta Acheh di Indonesia. Kerjasama ekonomi ASEAN cuba
difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade
Area ( AFTA ) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura
pada tahun 1992.
Malaysia juga
telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluaskan skop kerjasama
ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea
Selatan. Idea yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Temur atau East Asian Economic Caucus ( EAEC
) Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju
terutamanya Amerika Syarikat, Tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu
sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep
ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan
antara negara ASEAN dengan negara – negara timur, iaitu China, Jepun dan Korea.
Menteri-Menteri Luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan,
Kerjasama lain
yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan
sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan
Tabung Kebudayaan ASEAN, Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio
juga dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama
dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Malaysia telah
memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar
berbaik-baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia
dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
Soalan 4 : Pada pandangan anda, apakah faedah
yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan pertubuhan serantau?
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ialah dapat membendung pengaruh dan
gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) melalui kerjasama negara-negara anggota.
Selain daripada itu Malaysia dapat menjalin kerjasama
dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.
Negara kita juga dapat kemudahan latihan dan penyelidikan
dalam bidang sains dan teknologi dikalangan negara anggota.
Melalui pertubuhan ASA juga Malaysia dapat menjamin
keselamatan dan kestabilan politik negara.
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam
pertubuhan MAPHILINDO ialah dapat meningkatkan perhubungan persahabatan dan
menyelesaikan pertelingkahan antara negara Filipina dan Indonesia.
Faedah yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam
pertubuhan ASEAN ialah Malaysia dapat mengekalkan keamanan apabila
negara-negara ASEAN diinstiharkan sebagai Zon Aman, bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN) kerana keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
Melalui pertubuhan ASEAN, ianya juga akan dapat
mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduknya ramai.
Negara kita juga dapat mengembangkan industri secara
tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi.
Disamping itu Malaysia juga dapat memperolehi faedah
dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN
(SEAMEO).
Negara Malaysia juga dapat mengadakan festival kebudayaan
dan kesenian melalui pertukaran rancangan televisyen dan radio. Semangat
kesukanan dapat merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau.
Disamping itu sekor perlancongan berkembang melalui
kerjasama pelancongan. Akhir sekali negara Malaysia dapat membendung pengaruh
dan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).
Contoh 2 : Soalan no 4.
Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah
negara Malaysia boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?
Jawapan :
Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan
kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling
memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.
Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan
dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang
hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif.
Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka
rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia
global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan
generasi muda yang cintakan keamanan.
Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari
pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang
kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain
serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik
dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan
sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.
Contoh 3 : Soalan no. 4
Sebagai wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan
harapan anda kepada pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan?
Jawapan
:
Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan senjata
nuklear dikalangan negara-negara maju dikuatkuasakan secara serta merta.
Perlumbaan senjata nuklear dikalangan negara-negara
maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa yang tidak
berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan peperangan
tercetus.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan
bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan
bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus
menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia.
Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi
undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara
Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan
menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk
oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi
Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara
lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa
rasional dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain
serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik
dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan
sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.
Contoh Soalan 5 :
Jelaskan
isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
negara-negara serantau (10 m)
Antara
isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
Negara-negara serantau ialah konflik wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini
merupakan satu isu yang telah berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama.Malahan
ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa
sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya.
Selain itu, isu konflik antara
Malaysia dengan Filipina tentang tuntutan ke atas Sabah. Isu ini telah dibawa
ke ICJ untuk diselesaikan.
Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura,
Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menggugat
hubungan kedua-dua buah Negara seperti isu kastam,imigresen dan Kuarantin
(CIQ) , Kereta api di Tanjung Pagar, Isu air dan isu Tambak Laut.
Di samping itu, setiap tahun kita sering menghadapi masalah jerebu kesan
daripada pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera untuk aktiviti
pertanian.Oleh itu, rundingan perlu diadakan antara negara jiran untuk
mengatasi masalah ini agar hubungan baik negara serantau dapat
dikekalkan.
Pendatang tanpa izin juga merupakan satu isu yang sering dihadapi oleh Negara.
Ini berpunca daripada kemasukan pekerja asing tanpa permit dan menggunakan visa
pelancong atau visa pelajar.
Oleh
itu , orangramai diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak berkuasa
tentang masalah ini
TERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI
OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.
Antara
cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan akibat salah faham dikalangan Negara
anggota.Selain itu Malaysia terpaksa berkongsi kepentingan atau sempadan
seperti pencerobohan nelayan asing dalam perairan Negara dan isu
keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa Negara
jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang
Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui
Laut sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang
asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang membawa kepada
perkampungan haram. Negara serantau juga menghadapi masalah gejala
rasuah,penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia ,masalah kemiskinan dan masalah
pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang turun naik,teknologi atau
kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari Negara-negara maju
danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.
Antara langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi
cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan
juga pertahanan maritime bagi mengelakkan pencerobohan nelayan asing
dalam perairan Malaysia.Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk
melahirkan modal insane yang berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1
Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum.
Seterusnya, peranan masyarakat penting dalam bersama-sama mengatasi gejala
social seperti penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.Malaysia
telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke
Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia
lain.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi
seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.Selain itu juga pertukaran
maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga telah menggalakkan pelancongan untuk
meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke
Malaysia.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina
dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN dan Perjanjian SEANWFZ
untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir sekali
Menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara.
CABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN
YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM HUBUNGAN NEGARA SERANTAU
Antara
cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya
pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu,
Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura
untuk melakukan latihan penerbangan. Malah, telah berlakunya penyeludupan
subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia – Thailand.
Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.
Di
samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara
serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari
Indonesia serta Filipina. Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di
Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan
negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.
Sementelahan
pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut
berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang
laluan kapal besar, menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti
maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah
masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini.
Contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut
menjadi ancaman besar kepada negara.
Perbezaan
pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat
kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai “Ranting Asia”
Amerika Syarikat manakala Vietnam dikelompokkan sebagai “National
Communist”.
Selain
itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan
nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang
rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi
dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering
dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.
Kedudukan
Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman
lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan
senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh
Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu
perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau
Sipadan dan Ligitan di Sabah.
Langkah-langkah
Mengatasi
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering
menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan
diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga
boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri.
Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan
dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan
penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.
Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan
tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.
Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan
antara Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa
dikenakan tindakan.
Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan
Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.
Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah
dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.
Pada pendapat anda, mengapakah hubungan luar penting bagi
sesebuah Negara?
Hubungan luar amat penting kepada sesebuah negara kerana ia boleh meningkatkan
eksport/import dari hubungan tersebut. Ia juga boleh menarik pelabur asing ke
negara ini yang akan menambahkan lagi kepesatan ekonomi negara.
Adanya hubungan luar sesebuah negara akan membolehkan pertukaran teknologi atau
kepakaran dengan negara lain. Ia boleh membawa peningkatan kepakaran kerana
negara yang menjalankan hubungan luar akan bantu membantu diantara satu negara
dengan negara yang mempunyai hubungan luar.
Hubungan luar juga boleh menjamin kita mengekalkan kedaulatan negara kerana
negara kita tidak akan diancam oleh kuasa luar kerana kita menjalankan hubungan
luar dengan semua negara. Contohnya negara kita yang menjalankan hubungan luar
denga semua negara. Ia seterusnya akan menjamin kestabilan dan keamanan negara
kita.
Dari segi ekonomi pula hubungan serantau atau luar ini membolehkan kita
mejalinkan kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi dan bidang-bidang lain bagi
memanfaatkan kebaikan secara bersama.
Hubungan luar atau hubungan serantau juga membolehkan wujudnya perdagangan dua
hala antara negara. Contohnya Malaysia menjalankan hubungan serantau dengan
Singapura dan Indonesia. Ia membolehkan wujudnya hubungan perdagangan antara
dua negara tersebut dengan Malaysia, sudah mestinya ia membawa keuntungan dari
segi ekonomi untuk kedua-dua buah negara.
Sebarang masalah juga akan dapat diselesaikan melalui hubungan serantau atau
hubungan dua hala antara negara yang terlibat. Campurtangan negara serantau
jika terdapat masalah boleh membantu menyelesaikan masalah yang tidak dapat
diselesaikan, negara serantau yang lain boleh menjadi orang tengah untuk
menyelesaikan masalah atau pertikaian antara negara.
Hubungan serantau atau hubungan luar juga penting kerana ia boleh menarik lebih
ramai pelancong dari luar, serta dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Isi-isi lain yang boleh dimasudkan
:
Pada
pandangan anda, mengapakah negara kita perlu terus
menjalin hubungan baik dengan negara luar?
Mengekalkan
kestabilan politik / negara /serantau/dunia
Meningkatkan
kerjasama/kemajuan/ekonomi
Meningkatkan
kemajuan sains / teknologi
Memastikan
kemajuan negara berterusan
Menarik
kemasukan pelabur-pelabur asing
Memajukan
bidang perindustrian/peladangan negara
Meluaskan
pasaran eksport keluaran negara
Mendapat pertukaran teknologi
Membantu mengekalkan keamanan dunia sejagat
Mengelakkan pergolakan/pergeseran/krisis antara
negara-negara
Mengekalkan persefahaman
Meneruskan hubungan diplomatik
Membina semangat setiakawan
Membuka peluang pekerjaan
Membantu meningkatkan prasarana
Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
6.
Menjana idea (10 markah)
Berikan
cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan
Serantau
Cadangan untuk memastikan negara kita terus bergiat
aktof dalam pertubuhan antarabangsa ialah dengan melahirkan pemimpin bersuara
lantang di peringkat antarabangsa.
Negara kita juga perlu menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan
seperti negara yang ditimpa bencana atau negara yang sedang menghadapi
peperangan.
Pemimpin negara kita juga perlu menjadi pemimpin atau mengetuai
pertubuhan-pertubuhan antarabangsa bagi meningkatkan imej negara di mata dunia.
Bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau,
negara kita harus menjadi tuan rumah dalam persidangan antarabangsa.
Negara kita juga perlu menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa seperti SEA
Game, dan lain-lain.
Untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau
ialah dengan menyertai pameran bertaraf antarabangsa yang melibatkan penyertaan
seluruh dunia dan yang mampu menarik ramai pengunjung. Negara kita juga perlu
terlibat dalam pertandingan antrabangsa berkaitan dengan R & D bagi
penjenamaan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Negara kita juga perlu menghasilkan penyelidikan, buku atau novel yang bertaraf
antarabangsa yang melibatkan pasaran luar negara.
Negara kita juga perlu menjadi perantara atau orang tengah kepada negara-negara
yang sedang bergolak bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam
pertubuhan serantau atau antarabangsa.
Negara kita juga boleh menjadi pelopor hab halal dunia bagi memperkenalkan
industry makanan halal daripada negara kita.
7.
Menghayati nilai/iktibar/unsur patriotisme (10 markah)
Nyatakan
nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan dengan negara
luar.
Sifat hormat-menghormati,
bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh
mendatangkan manfaat kepada negara kita. Di samping itu, sejarah perhubungan
dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah
air serta melahirkan masyarakat berharmoni dalam
kalangan warganegara kita.
Akhirnya
rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu,
mampu berdikaridan tabah menghadapi cabaran luar
pada masa akan datang.
Pemimpin
yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya
mentransformasikan negara kita menjadi sebuah negara yang sentiasa
disegani oleh
masyarakat
luar.
8.
RUMUSAN (5 markah)
Anda
telah mengetahui banyak perkara berkaitan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
Apakah manfaatnya hubungan tersebut kepada diri, masyarakat dan negara?
Banyak pengetahuan yang
saya dapati dari sejarah pertubuhan antarabangsa. Kita perlu
berilmu
pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak
menggunakan peluang sedia ada untuk
memajukan
negara sekiranya ingin berdaya saing dengan
negara-negara maju yang lain.
Selain
itu, negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu
padu dan bekerjasamamempertahankan kedaulatan negara.
Negara
memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti dan berwibawa serta
pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih
bermakna.
SEBAB-SEBAB
PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU
Sebagai
sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin
kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai
masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan
timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau
Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:
a. Terdapatnya tekanan
nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil
peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di
dunia,
b. Kemampuan
yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan
seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan
ekonomi yang begitu lemah,
c. Asia
Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana
berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan
bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya
sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara
menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.
d. Negara-negara
Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan
negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang
tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat
pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam
soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara,
taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan
ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis,
Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia –militant-nationalist,
Filipina dianggap sebagai ‘ranting Asia’ Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals
/ communist dan sebagainya.[3]
Di
atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari
akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu
kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak
akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan
masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih
sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.
Kerjasama
ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan
keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam
ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama
ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa
atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur
langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan
diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan
satu jaminan keselamatan yang membolehkan
tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik
dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari
semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama
serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam
beberapa isu di Asia Tenggara.
Kesimpulan:
Sebagai
sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang
diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah
memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan
luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam
negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai
forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata
dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu
melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu
menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh
negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang
bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka bersuara.
Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan
kuasa luar sepenuhnya.
Malaysia
berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan
dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan
terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan
yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di
kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap
kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian
yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai
negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia
mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu
membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi
memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.
Malaysia
memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya.
Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing
dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman,
perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya
dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan,
pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia
amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara
jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan
hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya
adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan
tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini
justeru ke arah keamanan sejagat.
Lain-Lain
Cadangan isi
Keanggotaan
Malaysia dalam pelbagai pertubuhan telah menjadi
pemangkin kepada kejayaan negara .
Jelaskan kejayaan tersebut?
·
Keamanan negara terjamin
·
Kedaulatan negara terpelihara
·
Perkembangan ekonomi
·
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
·
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
·
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
·
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
·
Malaysia menjadi hab halal
·
Mewujudkan pasaran bebas
·
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
·
Tuan rumah Persidangan OIC
·
Tawaran biasiswa kepada pelajar dari negara anggota OIC
·
Menganjurkan persidangan anti keganasan dalam kalangan negara Islam
·
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
·
Menganjurkan sukan SEA
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Apakah
cadangan anda untuk mengekalkan keamanan / kedaulatan /hubungan luar
·
Memastikan hubungan baik dengan semua negara.
·
Menjamin keselamatan rakyat
·
Menjamin keamanan negara
·
Memelihara kepentingan nasional
·
Mengekalkan kedaulatan negara
·
Menggalakkan pembangunan ekonomi
·
Menggalakan kemajuan ekonomi
·
Mewujudkan rasa cinta kepada negara
·
Mengukuhkan kesetiaan kepada raja dan negara
·
Mengamalkan sikap terbuka
·
Mengekalkan hubungan diplomatik
·
Mewujudkan perpaduan rakyat
·
Mewujudkan kerjasama politik, ekonomi, sosial
·
Memelihara sistem perundangan
· Menghormati
perlembagaan negara
·
Mengelakkan perlumbaan senjata
·
Mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali
·
Mewujudkan zon bebas nuklear
·
Mewujudkan sistem pentadbiran mantap
·
Mengekang budaya negatif
· Mengekang
demonstrasi jalanan
· Memupuk
kesejahteraan sejagat
·
Menjalin hubungan dengan negara maju
Apakah cabaran untuk mengekalkan keamanan / kedaulatan
/hubungan luar
·
Ketidakstabilan politik
· Berlaku
demontrasi jalanan
·
Pemerintah tidak adil
· Politik
berasaskan kaum
· Tiada
kerjasama dalam masyarakat
· Tidak
mematuhi undang-undang
· Tidak
menghormati sistem demokrasi
·
Keruntuhan akhlak/ gejala sosial / jenayah
· Tidak
mengamalkan nilai-nilai murni
· Berlaku
campurtangan pihak luar
· Amalan
tradisi terpinggir
·
Masyarakat tidak mengamalkan sikap tolak ansur
·
Hubungan diplomatik yang renggang
· Tidak
menghormati kedaulatan negara lain
·
Wujudnya perlumbaan senjata api
· Ekonomi
yang tidak stabil
· Berlaku
amalan rasuah
·
Masyarakat kurang semangat patriotisme
[Mana-mana
jawapan munasabah]
Apakah
nilai-nilai murni/iktibar/pengajaran yang diperoleh melalui pengamalan
dasar luar negara?
Bijaksana merancang strategi
Bekerjasama antara pemimpin dan rakyat
Perundingan/musyawarah dalam membuat keputusan
Berusaha dengan gigih
Permuafakatan antara pemimpin negara
Mengekalkan perpaduan kaum/bersatu padu
Bekerjasama antara kaum
Bertolak ansur antara satu sama lain
Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi
Tidak berputus asa dalam usaha mencapai kejayaan
Tabah menghadapi cabaran
Menanam semangat meneroka
Rakyat / pemimpin yang berwawasan
Mengamalkan sikap berdikari
Bersikap Inovatif dan kreatif dalam semua bidang yang
diceburi
Mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah
mengekalkan keamanan
Menjalankan Pentadbiran teratur/sistematik
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Dicadangkan
membuat ayat yang lengkap
Malaysia terus memainkan peranan yang penting dalam
hubungan dengan negara lain.
Apakah pengetahuan yang anda peroleh daripada pelaksanaan
dasar luar negara , iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta
harapan anda untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Pengetahuan
l Langkah -langkah dinamis dan Strategi dasar luar
penting bagi memastikan negara dapat terus bersaing dari segi politik ,
ekonomi dan sosial.
l Perlu mengejar maklumat dan mengikuti
perubahan semasa dalam mengejar kemajuan
l Semangat dan daya saing rakyat negara penting
untuk berjaya pada peringkat dunia
Iktibar
pada diri/bangsa/negara
Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar
Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Harapan
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[cadangan supaya pelajar mengambil juga maklumat daripada
bahagian rumusan]
Langgan:
Catatan (Atom)