Selasa, 29 Oktober 2013

Ustaz Glamour

Ustaz Glamour...

Oleh kerana kononnya mengikut kehendak semasa , kita lihat hari ini ramai ilmuan islam atau dalam bahasa biasa disebut sebagai ustaz atau ulama menggunakan medium eletronik seperti blog, youtube untuk menyampaikan dakwah dan ini merupakan satu kaedah yang baik dan amat berbaloi dalam konteks dakwah.

Namun dalam hal yang sama kita perhatikan kaedah penyampaian juga agak berbeza daripada kaedah penyampaian ilmu dalam Islam kerana kaedah penyampaianya dilihat telah melampui garis ada adab penyampaian Ilmu ulama terdahulu.

Sindiran dan unsur humur dilihat mewarnai sesi dakwah dan ini terbukti berjaya apabila terdapat ilmuan ini amat popular dan mampu menggamit hadirin yang ramai dan kuliah disampaikan dengan begitu menghiburkan malahan terdapat antara mereka lebih popular daripada artis dan lebih lawak dari maharaja lawak dan lebih mewah dari ahli perniagaan.

Mungkinkah ini yang dikatakan bahawa ... satu hari nanti terdapat golongan agama yang menjual agamanya dengan harga yang murah.. 

KERTAS 1 SPM

SEMINAR SEJARAH SPM 2013
KERTAS 1, 2 DAN 3
Cikgu : Jem


1          Secara evolusi kepercayaan sesebuah masyarakat bertukar menjadi agama dan kebanyakannya berbentuk politeisme.

Apakah yang dimaksudkan dengan agama politeisme ?
A         Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan
B         Penyembahan terhadap alam sekeliling
C         Pemujaan terhadap alam ghaib
D         Pemujaan terhadap roh

2          Ciri-ciri tamadun berikut merujuk kepada sebuah tamadun awal manusia.


  • Terletak di kawasan yang subur
  • Lokasinya jauh dari pusat tamadun dunia yang lain
  • Jumpaan tengkorak homo sepian dikenali sebagai Peking Men


Apakah tamadun tersebut ?

A         Mesopotamia
B         Mesir Purba
C         Hwang Ho
D         Indus

3          Pernyataan berikut berkaitan seni bina dalam tamadun Rom.

·         Terdapat binaan berbentuk kubah
·         Dibina pada zaman Maharaja Hadrian
·         Sebagai tempat memuja dan menyimpan patung

 







Apakah nama senibina tersebut?
A         Aqueduct
B         Colloseum
C         Pantheon
D         Acropolis




4                    Apakah agama yang dikaitkan dengan pernyataan di bawah?

  • Diterima dengan baik di Tibet dan Sri Lanka
  • Kitab suci ialah Tripitaka yang menggunakan bahasa Pali

 





           
            A         Hindu
B         Buddha
C         Taoisme
D         Confucianisme

5                    Mengapakah kerajaan maritim dan agraria di Asia Tenggara  menjalin hubungan yang baik?
                                                                                                       
A                                 Sistem ekonomi yang sama
B                                 Mengamalkan perluasan kuasa
C                                 Menghormati kedaulatan masing-masing
D                                 Saling melengkapi antara satu sama lain

6          Gambar 1 menunjukkan Telaga Batu yang terdapat di Palembang.

 











                          Gambar 1
                  
Mengapakah orang yang dilantik menjadi datu perlu melakukan upacara angkat sumpah di telaga tersebut?
                                                                                               
A                     Mengakui raja sebagi dewa-raja
B                     Mempercayai kesaktian raja
            C         Menjamin kesetiaan pembesar
            D         Mempercayai kesaktian Telaga Batu









7          Maklumat berikut menunjukkan reaksi masyarakat Arab Jahiliah semasa kelahiran bayi.

Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak  perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah….  ”




Mengapakah timbul perasaan tersebut?

A         Menjatuhkan maruah keluarga
B         Menganggap wanita lemah
C         Membebankan keluarga
D         Merosakkan keturunan

8                    Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba.

      Mengapakah golongan tersebut tertarik kepada agama Islam ?

      A         Layanan yang sama kepada semua manusia
      B         Nabi sentiasa bersikap baik terhadap mereka
      C         Dimerdekakan oleh tuan mereka
D         Nasib mereka sentiasa dibela

9                    Maklumat berikut adalah contoh perlembagaan bertulis yang terawal di dunia.

  • Piagam Madinah
  • Perlembagaan Amerika Syarikat
  • Perlembagaan Perancis
 






Apakah persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga perlembagaan tersebut?

A         Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
B         Mempunyai raja  sebagai simbol  kedaulatan
C         Menjadi asas pembentukan negara berdaulat
D         Memilih pemimpin melalui pilihan raya

10        Maklumat berikut merupakan petikan khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

“…….. Hai manusia, saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini”.
 




           
Apakah pusaka tersebut?

            A         Al-Quran dan qias
B         Hadis dan qias
C         Hadis dan ijmak
D         Al-Quran dan sunnah
11        Apakah peranan utama kota Baghdad semasa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah?

            A         Perdagangan antarabangsa
            B         Penulisan dan penterjemahan
            C         Perusahaan pembuatan barangan
            D         Perkembangan kesenian dan kesusasteraan

12        Golongan berikut muncul semasa pertembungan kebudayaan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.


Orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

             



           
Siapakah golongan tersebut?

            A         Mozarab         
            B         Mudejar
            C         Mawali
            D         Muhajirin

13        Gambar 2 menunjukkan Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.


                                Gambar 2

Apakah maklumat yang tercatat pada batu bersurat tersebut?
            A         Tatacara urusan perniagaan 
            B         Tanggungjawab raja dan pembesar
            C         Kewajipan menjalankan hukum syarak
            D         Ketaatan kepada sultan dan kerajaan





14        Jadual 1 menunjukkan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara.

Negara
Institusi Pendidikan
Tanah Melayu
X
Acheh
Dayah
Jawa
Pesantren
                                    Jadual 1                                                                      
            Apakah X?
           
A         Surau
            B         Istana
            C         Madrasah
            D         Pondok

15        Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Sesusun seperti sirih,
serumpun seperti serai,
 seikat seperti lembing,
sedencing seperti besi.

 







Apakah nilai yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?

A         Setiakawan
B         Perpaduan
C         Kepimpinan
D         Tanggungjawab

16        Senarai berikut merupakan amalan gaya hidup masyarakat Melayu tradisional yang selaras dengan ajaran Islam.
·         Bertutur dengan suara yang rendah
·         Menggunakan panggilan seperti pak long dan mak long
·         Mencium tangan ketika bersalaman
 






            Mengapakah amalan tersebut dilakukan?

            A         Mengekalkan adat istiadat
            B         Mengukuhkan konsep kesetiaan
            C         Memelihara kebudayaan bangsa
            D         Menghormati orang yang lebih tua
                       







17        Jadual 2 menunjukkan perkembangan teknologi enjin berkuasa wap dalam  revolusi pengangkutan di Britain pada  abad ke-19.

Tahun
Kegunaan
1800-an
Untuk memacu bot
1820-an
Untuk memacu kenderaan di darat
1829
Lokomotif dengan kelajuan 16 batu sejam
                                                                     Jadual 2
           
Mengapakah teknologi tersebut berkembang pesat?
            A         Penguasaan ekonomi
            B         Keperluan awam
            C         Pelaburan modal
            D         Kestabilan politik

18        Mengapakah imperialis Barat menyusun semula kegiatan ekonomi peribumi di negara yang dijajah?
     
A         Menunjukkan kewibawaan peradaban Barat
B         Memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan
C         Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
D         Membangunkan ekonomi penduduk peribumi

19        Dialog berikut berkaitan cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

          
A :  Bagaimanakah anda datang ke sini?
B :  Pada mulanya  saya  diambil  oleh kheh-thau. Selepas itu saya membuat
       perjanjian untuk bekerja dengan majikan bagi menjelaskan hutang saya.


            Apakah cara kemasukan buruh tersebut?

A         Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
B         Sistem Pengambilan Kakitangan
C         Sistem Tiket Kredit
D         Sistem Kontrak

20        Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Tokoh
Penemuan
Henry N. Ridley
Memperkenalkan sistem menoreh secara ibedem atau seperti bentuk tulang ikan hering

            Apakah kelebihan sistem torehan tersebut?

            A         Kurangkan kos torehan
            B         Tingkatkan kualiti getah
            C         Kurangkan tenaga buruh
            D         Tidak merosakkan pokok

21        Jadual 2 menunjukkan tokoh nasionalis tahap kedua di Asia Tenggara.

Tokoh
Negara
Soekarno
Indonesia
Ho Chi Minh
Vietnam
Aung San
Burma
                                           
                                                    Jadual  2
            Apakah persamaan perjuangan tokoh tersebut?

            A         Memperjuangkan kebebasan bersuara
            B         Membaiki taraf hidup rakyat
            C         Mengembalikan hak peribumi
            D         Menuntut pemerintahan sendiri                                        

22        Jadual 3 menunjukkan gerakan nasionalisme di Thailand.

Tahun
Peristiwa
1932
Revolusi Thai
                                     
                                           Jadual  3
            Apakah kesan peristiwa tersebut?

            A         Peningkatan sistem pendidikan Barat
            B         Penamatan sistem raja berkuasa mutlak
            C         Penyekatan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
            D         Penglibatan penganut agama Buddha dalam pemerintahan   
           
23        Senarai berikut merupakan akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu.

·         Al- Imam
·         Neracha
·         Pengasuh
·         Idaran

            Apakah  peranan akhbar dan majalah tersebut?

            A         Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
            B         Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
            C         Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia dan akhirat
            D         Meniup semangat perjuangan menentang penjajah Barat      



24        Maklumat berikut menerangkan matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda di Tanah Melayu. 
             
Matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda adalah untuk menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya.

            Mengapakah matlamat tersebut gagal dicapai?

            A         Kekalahan British
            B         Kedatangan Jepun
            C         Kebangkitan komunis
            D         Kemerdekaan Indonesia                                                        

25        Johor, Perak dan Pahang  mempunyai  persamaan  dalam aspek  sistem  pewarisan takhta dengan Kesultanan Melayu Melaka.
           
Apakah persamaan tersebut?

            A         Berpaksikan keadilan dan kesaksamaan
            B         Berdasarkan jurai keturunan sebelah bapa
            C         Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan
            D         Putera raja yang bukan anak gahara                                       

26        Apakah tujuan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu diperkenalkan pada tahun 1895?

            A         Mentadbir negeri secara mutlak
            B         Memulih kuasa pembesar tempatan
            C         Menyekat  perluasan  kuasa  British
            D         Menghalang pertapakan kuasa Siam                                      

27        Mengapakah pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu perlu ditentang oleh orang Melayu?

            A         Penyatuan negeri-negeri Melayu
            B         Pemansuhan sistem penghambaan
            C         Pemantapan kuasa politik imigran
            D         Penghapusan dasar perlindungan                                           
             
28        Sikap kerjasama Raja-Raja Melayu dan para pemimpin Melayu dalam merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 diumpamakan seperti

            A         aur dengan tebing
            B         ular menyusur akar
            C         bulan jatuh ke riba
            D         menatang minyak yang penuh                                               




29        Mengapakah kebangkitan kesedaran politik di Sabah sekitar 1940-an dan 1950-an amat perlahan?
 
            A         Perkara 20 Sabah tidak dipatuhi
            B         Perkongsian kuasa tidak dilaksanakan
            C         Penubuhan pakatan sulit tidak berjaya  
            D         Permuafakatan antara penduduk tidak wujud                       

30        Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan politik di Tanah Melayu.
                                   
Tokoh
Dato’ Onn Jaafar
Dr. Lee Tiang Keng
Dato’ E.E.C. Thuraisingam
           
 Tokoh tersebut telah menganggotai

            A         Sistem Ahli
            B         Suruhanjaya Reid
            C         Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)         
            D         rombongan rundingan kemerdekaan ke London                   

31        Carta aliran menerangkan proses pembentukan Tanah Melayu yang merdeka.
Pembentukan Parti Perikatan 1954
 


           
Pilihan raya 1955
                              X
Rombongan kemerdekaan ke London
 











Apakah X?

            A         Suruhanjaya Reid
            B         Pembentukan kabinet
            C         Suruhanjaya Cobbold
            D         Pakatan Murni                                                                        









32        Maklumat berikut berkaitan sumber bahan mentah di Tanah Melayu,  Sarawak, Sabah, dan Brunei. 

Negeri
Sumber
Tanah Melayu
Getah dan bijih timah
Sarawak dan Sabah
Balak
Brunei
Minyak

            Mengapakah sumber bahan mentah menjadi salah satu faktor pembentukan Malaysia 1963?

            A         Mengimbangi agihan ekonomi
            B         Memperlihatkan kesepakatan
            C         Membuka peluang pekerjaan
            D         Menggalakkan pelaburan                                                       

33        Maklumat berikut merujuk sidang kemuncak antara ketua kerajaan.

Tarikh
30 Julai – 5 Ogos 1963
Peristiwa
Sidang kemuncak antara ketua kerajaan
Isu
Pembentukan Malaysia
Tempat
Manila, Filipina

            Kesan persidangan tersebut ialah penubuhan

            A         MAPHILINDO
            B         SEAMEO
            C         ASEAN
            D         ASA                                                                                       

34        Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan telah diamalkan di Malaysia sejak 1957.

Apakah kepentingan sistem tersebut?

            A         Melambangkan kedaulatan pemerintah
            B         Mengukuhkan institusi kesultanan
            C         Melambangkan kedaulatan rakyat
            D         Mengukuhkan hak peribumi                                                  

35        Encik Hamid telah dilantik sebagai seorang hakim di mahkamah. Mengikut Perlembagaan Malaysia, beliau tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
           
            Mengapakah beliau tidak boleh berbuat demikian?
           
A         Menjamin keadilan dan kesaksamaan
B         Memastikan keseimbangan tanggungjawab
C         Mewujudkan pentadbiran yang sistematik
D         Mengukuhkan kepercayaan rakyat                                        



36        Warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan

            A         keberanian
            B         perpaduan
            C         kesucian
            D         kedaulatan                                                                              

37        Senarai berikut merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan pada 1984.


·         Meningkatkan produktiviti
·         Meningkatkan bekalan tenaga kerja
·         Meningkatkan perluasan pasaran

            Apakah dasar yang dimaksudkan?

            A         Dasar Pertanian Negara
            B         Dasar   Persyarikatan
            C         Dasar Kependudukan
            D         Dasar Penswastaan                                                                

38        Apakah matlamat Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad  pada 28 Februari 1991?

            I           Malaysia sebagai negara industri
            II         Mewujudkan konsep Satu Malaysia
            III        Menekankan pembinaan modal insan
            IV        Menitikberatkan  kemajuan  bersepadu
   
            A         I dan II
            B         I dan IV
            C         II dan III
            D         III dan IV                                                                              

39        Senarai berikut merupakan pertubuhan yang diwujudkan oleh blok kapitalis dan blok komunis.

·         Penubuhan NATO
·         Pakatan Warsaw

            Apakah faktor penubuhan pertubuhan tersebut?

            A         Perang Dingin
            B         Perang Dunia Kedua
            C         Perang Dunia Pertama
            D         Perang Vietnam                                                                     





40        Antara berikut yang manakah ciri-ciri Negara-Negara Selatan?

            I           Penyokong blok komunis       
            II         Pernah dijajah oleh kuasa Barat
            III        Bergantung kepada kepakaran Barat
IV        Bergantung kepada sektor industri
           
A         I dan II
            B         I dan IV
            C         II dan III
D         III dan IV