Khamis, 25 Ogos 2016

PERWIRA RIO

Ambil maklum kehangatan Olimpik Rio maka jaguh negara di arak menjadi perwira yang amat berjasa menenggelamkan segala keperwiraan pewira yang ada pada perwira. Segala pujian dan keberkatan dilimpahi kepada perwira baru Rio dan tenggelamlah perwira bangsa dalam sendu tanpa sedikitpun di perhati. Perwira bangsa mengeluh kerana keperwiraannya tiada di angkat sedimikian rupa.kecuali tugu batu yang tiada siapa mahu menghitung keperwiraanya. Segala gologan paling atas melimpahi keberkatan tanpa walah kepada Perwira Rio meninggalkan Perwira Bangsa tanpa di sapa. Itulah faham dunia tanpa sedar Panglima Rio rupanya bukan sejenis dengan Perwira Bangsa mengapa dilimpahi dengan segala seperti tiada umpama Perwira Bangsa. Entahlah kalau ada bakal Perwira Tokyo dari darah Perwira bangsa yang membela muka.

MELAYU YANG LAYU

Melayu sebenarnya telah hilang Melayunya sejak lama dahulu. Yang tinggal hanyalah Layu. Bangsa yang pernah memiliki peradaban kini amat lemah di serang kiri dan kanan dan lebih malang Melayu serang Melayu. Melayu yang sedia layu menjadi kuyu yang bejat di sana sini kerana golongan teramanah hilang amanah . Kemunduran Melayu semakin laju hatta bangsa Bangla pun melekahkan Melayu yang jadi semakin dungu, kelu dan penuh sendu . Melayu jadi kelu, hina sehinanya dalam syurga Melayu. Golongan teramanah semakin jelas mewariskan nereka kepada anak bangsa yang asalnya syura. Alangkah hinanya bangsa ku Melayu yang layu.kuyu. Tolol setololnya lebih dari bodoh sehabis bodoh dalam kepandaian golongan teramanah yang biul. Entahlah kalau dapat sedikit pandai dari warisan kebodohan sudah cukup alhamdulillah.