Jumaat, 19 Julai 2013

Apa lagi selepas pilihanraya ?

Setelah selesai PRU baru-baru ini, kita terbelenggu dengan isu rasis yang menjadi  modal politik kepada parti-parti yang bertanding . Sejauhmanakah isu ini boleh memberi kesan kepada landskap politik Malaysia ?  Dalam usaha meraih sokongan pemimpin-pemimpin politik diserang sindrom bisu bila menyentuh tentang rasis dan sering kelihatan lambat dalam membuat keputusan . Dilihat juga mereka ingin melihat terlebih dahulu reaksi masyrakat khususnya NGO , barulah mereka mula memberi reaksi dan beraksi seolah-olah sang juara yang baru menang sabung.

Apa sahaja luahan rasa, tindakan walaupun dari segi moral dan sejarahnya betul di anggap rasis. Masyarakat Malaysia kini terjebak dalam sangkar rasis yang dicipta oleh segelintir badut-badut politik yang sangat kejam dan zalim yang menghapuskan sendi-sendi perpaduan Negara yang telah didirikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Sejarah dan kebenaran tidak lagi diendahkan melainkan menjadi bahan artifak dan manuskrip yang tidak membawa erti di lontar jauh dari pandangan anak muda. Sebaliknya kehidupan yang berpaksikan kebebasan mutlak dan persamaan dijadikan modal paling berharga bagi penganut-penganut politik yang dangkal dalam melihat kebenaran melainkan didorong ketamakan kuasa dan haloba . Pemain-pemain politik tidak lagi mematuhi peraturan dan semangat kebenaran dan kebatilan mengambil alih teraju dalam tindakan maka binasalah masyrakat dan Negara.

Apa jadi agaknya Malaysia satu hari nanti ....

SPM KERTAS TIGA BAB 10 TING 4


TERHAD

TAJUK UMUM TUGASAN


TAJUK: 9.2 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Tema / Tajuk : 9.2 Bab 10 Tingkatan 4

(Merujuk tema 9 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks sejarah Tingkatan 4 Bab 10 )

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:-

I.          Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.

II.        Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.

III.       Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.



Ahad, 12 Mei 2013

SENARIO POLITIK MALAYSIA .

Melihat senario politik Malaysia hari ini bukanlah satu perkara yang sihat apabila isu-isu yang dimainkan oleh parti-parti politik lebih bersifat rasis dan kuasa . Keadaan ini sebenarnya menggambarkan ketidakmatangan kita dalam bidang politik. Rakyat kian terperangkap dan keliru dan lebih parah sebahagiannya menerima apa sahaja maklumat yang salah tanpa ada keinginan untuk membuat sedikit kajian tentang kesahihan sesuatu berita . Ahli politik bercakaran dengan menjadikan rakyat tentera mereka dan amalan "real politik" semakin jelas dan ketara meninggalkan aspek nilai dan agama.

Rakyat di api-apikan untuk menuntut itu dan ini tanpa dididik dengan ilmu dan terus disirami dengan api kemarahan oleh ahli politik yang dilihat semakin hilang kewarasan demi apa yang mereka inginkan iaitu kuasa. Lebih malang nilai dan jatidiri bangsa dipinggirkan diganti dengan apa mereka katakan sebagai hak rakyat dan kebebasan tanpa batas . Rakyat yang naif bercakaran sesama sendiri akibat amarah yang ditanamkan oleh segelintir pemimpin politik dan meranapkan kemesraan dan keharmonian hubungan rakyat kerana apa yang lebih penting kuasa . Alangkah malangnya negaraku....