Khamis, 25 Ogos 2016

MELAYU YANG LAYU

Melayu sebenarnya telah hilang Melayunya sejak lama dahulu. Yang tinggal hanyalah Layu. Bangsa yang pernah memiliki peradaban kini amat lemah di serang kiri dan kanan dan lebih malang Melayu serang Melayu. Melayu yang sedia layu menjadi kuyu yang bejat di sana sini kerana golongan teramanah hilang amanah . Kemunduran Melayu semakin laju hatta bangsa Bangla pun melekahkan Melayu yang jadi semakin dungu, kelu dan penuh sendu . Melayu jadi kelu, hina sehinanya dalam syurga Melayu. Golongan teramanah semakin jelas mewariskan nereka kepada anak bangsa yang asalnya syura. Alangkah hinanya bangsa ku Melayu yang layu.kuyu. Tolol setololnya lebih dari bodoh sehabis bodoh dalam kepandaian golongan teramanah yang biul. Entahlah kalau dapat sedikit pandai dari warisan kebodohan sudah cukup alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan