Jumaat, 19 Julai 2013

IAB - NPQEL

Program NPQEL atau National Professional Qualifications Educational Leader merupakan satu program yang dirangka khusus untuk melatih bakal pemimpin sekolah secara intensif. Modul yang dirangka membolehkan peserta didedahkan dalam kompetensi kepengetuan dan pengurusan sekolah. Peserta-peserta yang terpilih adalah berdasarkan syarat-syarat yang tertentu dan rata-rata adalah terdiri dari warga pengurusan sekolah seperti GPK, Ketua Bidang,  Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Pelajaran sehinggalah kementerian.

NPQEL dijadikan sebahagian dari syarat yang ditentukan untuk menjawat jawatan pengetua dan guru besar beserta syarat-syarat lain yang berhubung dengan perjawatan itu sendiri. Sejak sekian lama dasar sentiasa berubah dan warga guru agak keliru dan tidak begitu yakin pada mulanya, namun setelah diperjelas oleh YAB Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini barulah NPQEL menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warga guru.

Apapun warga guru perlu sedar bahawa kualiti pemimpin dan guru di sekolah adalah kunci kepada kejayaan sesebuah sekolah . Inilah sebenarnya patut kita terjemahkan melalui program NPQEL. Terima kasih IAB dan semua barisan pensyarah kerana kalian telah membuatkan saya begitu kerdil ilmu. Semoga IAB akan terus gagah berdiri dan menjadi minda kepada dunia pendidikan Negara. Terima kasih IAB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan