Isnin, 28 Oktober 2013

Soalan 11 Esei

11        Dasar pembangunan sosial penting dalam pembangunan dan perpaduan negara Malaysia.
            (a)        Jelaskan  dasar-dasar pembangunan sosial berikut :
                       
                        (i)         Jawatankuasa Kabinet 1974                                             [4 markah]

 

BUTIRAN

MARKAH

F1

Dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
1
F2
Objektif utama adalah untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan
1
H2a
Dapat melahirkan tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
1
H2b
Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu / berdisiplin / terlatih
1
F3
Kandungan laporannya termasuklah penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca , menulis, mengira / 3M
1
F4
Kenaikan darjah secara automatik
1
F5
Penekanan terhadap sekolah vokasional
1
F6
Penekanan terhadap sukatan pelajaran sekolah swasta
1
F7
Penekanan terhadap bahasa Melayu
1
H7a
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
1
F8
Penekanan terhadap kokurikulum sebagai asas perpaduan
1
F9
Penekanan terhadap disiplin sebagai asas perpaduan
1
F10
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah / KBSR pada tahun 1982 
1
F11
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah / KBSM diperkenalkan pada tahun 1988
1
F12
Kurikulum baru ini menekankan perkembangan diri pelajar
1
H12a
Dari segi jasmani , emosi, rohani , intelek / JERI


ms. 214-215                                                                      Mana-mana 4 x 1 m
[4 m]

(ii)        Akta Bahasa Kebangsaan                                                 [4 markah]

 

BUTIRAN

MARKAH

F1

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
1
H1a
Telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
1
H1b
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat memartabatkan bahasa Melayu
1
H1c
Kedudukan bahasa Melayu menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu
1
F2
Dewan Bahasa dan Pustaka / DBP ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan bahasa Melayu
1
F3
Pelancaran “Minggu Bahasa” dilakukan sebagai usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
1
F4
Pelancaran “Bulan Bahasa” dilakukan sebagai usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
1
F5
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960
1
F6
Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
1
C6a
Seperti Sekolah Alam Shah / Sekolah Sri Puteri / Sekolah Sultan Abdul Halim
1
F7
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 dapat mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu
1
F8
Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
1
F9
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia / UKM pada tahun 1977
1
H9a
Membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
1
F10
Bermula pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris
1
F11
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah / bahasa perundangan  pada tahun 1990
1

ms. 216                                                                           Mana-mana 4 x 1 m
[4 m]

(iii)       Sukan Untuk Perpaduan                                                   [4 markah]

 

BUTIRAN

MARKAH

F1

Sukan sebagai alat perpaduan
1

H1a

Tanpa mengira ideologi
1
F2
Dapat menyemarakkan semangat patriotik / cintakan negara dalam kalangan rakyat
1
F3
Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum           sahaja / semua kaum terlibat
1
H3a
Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
1
F4
Di peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan
1
F5
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada peringkat  daerah / negeri / kebangsaan
1
H5a
Untuk menggalakkan aktiviti sukan
1
F6
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali          
1
H6a
SUKMA memainkan peranan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum
1
H6b
SUKMA juga mengeratkan perpaduan antara negeri
1
M
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


ms. 218                                                                           Mana-mana 4 x 1 m
[4 m]
          
                        (b)        Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan melalui Akta Bahasa Kebangsaan .                                               [4 markah

 

BUTIRAN

MARKAH

F1

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
1

F2

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
1
F3
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan / sekolah menengah
1
F4
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah
1
F5
Dewan Bahasa dan Pustaka / DBP menerbitkan / menterjemahkan buku ke dalam bahasa Melayu 
1
F6
Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu
1
F7
Universiti Kebangsaan Malaysia / UKM melahirkan ramai graduan dalam pelbagai bidang ilmu
1
F8
Universiti mempunyai bidang /  kajian / fakulti / jabatan berkaitan bahasa Melayu / linguistik
1
F9
Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah / bahasa perundangan
1
F10
Penggunaan bahasa Melayu di parlimen
1
F11
Bahasa Melayu mewujudkan perpaduan kaum
1
F12
Bahasa Melayu membentuk persefahaman kaum
1
F13
Bahasa Melayu memupuk keharmonian kaum
1
F14
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan awam
1
F15
Bahasa Melayu melambangkan identiti bangsa Malaysia
1
M
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


ms. 216                                                                              Mana-mana 4 x 1 m
[4 m]

(c)                    Jelaskan    peranan    generasi      muda     hari    ini  dalam    usaha   
            memperkasa  perpaduan bangsa.                                                       [4 markah]       

 

BUTIRAN

MARKAH

F1

Mengamalkan prinsip – prinsip Rukun Negara
1

F2

Mengamalkan dasar Pendidikan Kebangsaan
1
F3
Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1
F4
Merealisasikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
1
F5
Merealisasikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
1
F6
Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
1
F7
Merealisasikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan / sekolah menengah
1
F8
Bahasa Melayu melambangkan identiti bangsa Malaysia
1
F9
Mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan
1
F10
Menghormati unsur-unsur kebudayaan / adat resam pelbagai kaum
1
F11
Merealisasikan sukan sebagai alat perpaduan
1
F12
Menyemarakkan semangat patriotisme melalui sukan / kokurikulum
1
F13
Menghormati kebebasan beragama / kepercayaan
1
F14
Sentiasa mengamalkan sahsiah yang baik
1
F15
Meningkatkan disiplin diri
1
F16
Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial
1
F17
Menghindari budaya negatif
1
F18
Memelihara jati diri
1
M
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


ms. 210 - 218                                                                       Mana-mana 4 x 1 m
[4 m]






Tiada ulasan:

Catat Ulasan