Selasa, 29 Oktober 2013

Ustaz Glamour

Ustaz Glamour...

Oleh kerana kononnya mengikut kehendak semasa , kita lihat hari ini ramai ilmuan islam atau dalam bahasa biasa disebut sebagai ustaz atau ulama menggunakan medium eletronik seperti blog, youtube untuk menyampaikan dakwah dan ini merupakan satu kaedah yang baik dan amat berbaloi dalam konteks dakwah.

Namun dalam hal yang sama kita perhatikan kaedah penyampaian juga agak berbeza daripada kaedah penyampaian ilmu dalam Islam kerana kaedah penyampaianya dilihat telah melampui garis ada adab penyampaian Ilmu ulama terdahulu.

Sindiran dan unsur humur dilihat mewarnai sesi dakwah dan ini terbukti berjaya apabila terdapat ilmuan ini amat popular dan mampu menggamit hadirin yang ramai dan kuliah disampaikan dengan begitu menghiburkan malahan terdapat antara mereka lebih popular daripada artis dan lebih lawak dari maharaja lawak dan lebih mewah dari ahli perniagaan.

Mungkinkah ini yang dikatakan bahawa ... satu hari nanti terdapat golongan agama yang menjual agamanya dengan harga yang murah.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan