Isnin, 28 Oktober 2013

Soalan 5 Esei

Bahagian B

5          Mulai abad ke-3 M., masyarakat Asia Tenggara telah menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.
            (a)        Huraikan cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.    
                                                                 [4 markah]

           

Butiran

Markah

F1

Dibawa oleh golongan Ksyatria / tentera
1
H1a
Disebarkan oleh golongan penakluk dari India
1
H1b
Membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara
1
F2
Dibawa oleh pedagang / vaisya
1
H2a
Wujud hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara sejak abad ke – 5 S.M.
1
H2b
India berusaha mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara
1
H2c
Setelah Maharaja Vespian dari Rom memberhentikan perdagangan logam emas dengan India
1
H2d
Untuk menggelakkan kekurangan sumber tersebut di Rom
1
F3
Dibawa oleh golongan Brahmin / pendeta
1
F4
Mengambil aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja
1
H4a
Disesuaikan dengan budaya tempatan
1
H4b
Proses pengambilan ini berbeza dari seorang pemerintah dengan pemerintahan lain di Asia Tenggara
1
H4c
Contoh perbezaan amalan kepercayaan di Kedah Tua (Buddha) / di Dieng (Hindu)/ di Takuapa (Hindu mazhab Vishnu) / di Srivijaya (Buddha Mahayana)
1
H4d
Kebudayaan Hindu Buddha diterap dalam pemerintahan / kesenian / kesusasteraan / kebudayaan 
1

 ms. 84 – 85                                                                     Mana-mana 4 x 1m
[4 m]
           
            (b)        Terangkan pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.                                                                    [10 markah

 

Butiran

Markah


F1

Wujud institusi beraja

1


F2

Gelaran raja digunakan
1

H2a
Raja berada di puncak pemerintahan
1

H2b
Di bawahnya terdapat kerabat diraja
1

H2c
Diikuti pembesar / ahli agama / Brahmin
1

H2d
Kemudian rakyat 
1

H2e
Yang paling bawah hamba
1

F3
Raja berkuasa mutlak
1

H3a
Dalam semua aspek pemerintahan
1

H3b
Meliputi pentadbiran
1

H3c
Hubungan luar
1

H3d
Ketenteraan
1

H3e
Khazanah negara
1

F4
Perintah raja menjadi undang-undang
1

H4a
Sesiapa yang melanggar perintah bermakna menderhaka
1

H4b
Tidak akan diampunkan
1

F5
Raja merupakan bayangan tuhan
1

H5a
Rakyat takut untuk menderhaka walaupun raja tidak adil
1

H5b
Lahir konsep dewa-raja / raja tuhan
1

H5c
Dipercayai memiliki kesaktian
1

H5d
Lahir unsur mitos / lagenda
1

H5e
Untuk memperkuat kedudukan / status raja
1
F6
Pelbagai adat istiadat
1
H6a
Seperti pertabalan raja diadakan
1
H6b
Dipimpin oleh golongan Brahmin
1

H6c
Untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
1

F7
Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
1

F8
Kompleks kota didirikan
1

H8a
Sebagai lambang orde kosmos
1


ms. 85-86                                                                      Mana-mana 10 x 1m
[10 m]

           
            (c)        Sebagai warganegara Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan institusi beraja di negara kita?                                                            [6 markah]          

 

Butiran

Markah

F1
Raja merupakan ketua negara
1
F2
Raja lambang kedaulatan negara
1
F3
Warisan turun temurun sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
1
F4
Lambang keamanan rakyat
1
F5
Lambang perpaduan
1
F6
Pelindung semua rakyat
1
F7
Pelindung orang Melayu
1
F8
Menjaga hak istimewa orang Melayu / bumiputera
1
F9
Memastikan keadilan dilaksanakan
1
F10
Melicinkan pentadbiran
1
F11
Lambang identiti negara
1
M
(Mana-mana jawapan munasabah)                


                                                                   Mana-mana 6 x 1m
[6 m]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan